Perjanjian Pengguna

MyBB menawarkan perkhidmatan kepada individu dan organisasi yang bersetuju dengan semua yang disebutkan di bawah Terma dan Syarat. Semua syarat ini adalah perlu, tetapi tidak menyeluruh. Kami berhak menolak atau menghentikan perkhidmatan kepada sebarang pengguna berdasarkan penilaian kami sendiri.

Pengguna bersetuju yang menggunakan forum adalah risiko pengguna sepenuhnya. Forum disediakan 'siap' dan tiada jaminan disebutkan atau dibayangkan.

Pentadbiran MyBB tidak bertanggungjawab atas kandungan dalam forum penggunanya.

Pentadbiran MyBB tidak menjamin ketepatan, kekesesuaian atau kelengkapan sebarang maklumat dipaparkan di forum pengguna dan tidak bertanggungjawab ke atas:

  • sebarang ralat atau ketidaktepatan disebabkan penggunaan maklumat ini;
  • sebarang kerosakan peralatan komputer yang berlaku ketika menggunakan perkhidmatan kami, dan juga sebarang kelewatan dan gangguan perkhidmatan kami;
  • sebarang kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kandungan atau perkhidmatan disediakan oleh forum pengguna.

Pandangan atau pendapat pengguna kami tidak semestinya mencerminkan pandangan pentadbiran MyBB.

MyBB berhak menghalang penyalahgunaan perkhidmatan, termasuk menyekat akses pelayan dan penghapusan maklumat yang dipaparkan.

Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya atas semua aktiviti yang berlaku di bawah nama penggunanya dan kata laluannya di forumnnya yang dimiliki oleh MyBB.

Pengguna bersetuju tidak menggunakan perkhidmatan MyBB untuk tujuan yang tidak selari dengan sistem perundangan Rusia dan melanggar kerahsiaan maklumat atau menyebabkan pincang tugas sistem. Sekiranya berlaku perlanggaran komitmen ini, data pengguna boleh dipadam tanpa amaran.

Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua maklumat diposkan oleh mereka atau pengguna lain dalam had forum mereka atau boleh didapatkan dari Internet melalui cara lain. MyBB tidak bertanggujawab atas maklumat diposkan di forum pengguna oleh pengguna perkhidmatan atau pihak ketiga.

MyBB tidak menerima liabiliti atas sebarang gangguan dalam penawaran perkhidmatan. MyBB tidak menjamin perkhidmatan tidak akan terganggu, perkhidmatan tidak mengandungi sebarang ralat atau sebarang ralat boleh dibaiki.

Perkhidmatan MyBB dengan tegas menghalang:

  • Membuat pos (membuatnya boleh diakses dari luar) sebarang kandungan dikaitkan dengan (tetapi tidak terhad kepada) kandungan lucah bawah umur termasuk pautan kepada sumber-sumber ke kandungan tersebut.
  • Mengesyorkan tindakan salah atau melanggar sistem perundangan Rusia semasa.
  • Menyumpah seranah.
  • Sebarang kebencian atau ekspresi permusuhan terhadap individu, kumpulan atau organisasi.

Forum boleh dipadam kerana sebarang perlanggaran keperluan kandungan tanpa amaran.

MyBB berhak (tetapi tidak dipertanggungjawabkan) memadam forum yang tiada sebarang pos dalam setahun lepas.

MyBB berpeluang mengehoskan pengiklan penajaan di forum pengguna percuma. Dengan itu, kami berhak meletakkan maklumat penajaan di forum anda dalam bentuk sepanduk atau pengiklanan tanpa mengambil kira kandungan forum anda.

MyBB berhak mengubah sesetengah ciri-ciri pengiklanan sepanduk forum anda.

MyBB tidak bertanggungjawab ke atas pihak ketiga atas situasi-situasi berkaitan perlanggaran hakcipta pihak ketiga oleh pengguna-pengguna perkhidmatan.

Pengguna sebagai pentadbir forum bersetuju forumnya tidak akan terkandung bahan-bahan dengan hakcipta milik pihak ketiga.

Semua perkhidmatan sistem MyBB disediakan dalam bentuk ia dibangunkan. Pengguna tidak boleh memaksa MyBB menaiktaraf atau mengubah penghantaran perkhidmatan berdasarkan keperluan peribadi mereka sendiri.

Setiap pengguna perkhidmatan forum percuma MyBB melanggan berita perkhidmatan secara automatik dengan tidak lebih daripada satu mel seminggu.

Perjanjian semasa boleh diubah sebelah pihak oleh MyBB. Pengguna akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut.

Dengan membuat forum percuma MyBB anda menerima Perjanjian ini sepenuhnya. Dengan hormat, Pentadbiran MyBB.